~@Family Saya@~

home biodata Academic Experience Future Planing

    Marak-parak Kota Marudu, merupakan tempat saya membesar. dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi tak susah. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang Bahagia, tanpa perbalahan, tanpa pergaduhan.

    Ayah merupakan ketua keluarga yang setia dan baik.tidak pernah lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap kami sekeluarga.Ayah diberinama Gerardo Calo beliau berasal dari negara jiran iaitu Filipina.Saya rasa sangat bertuah kerana memiliki ayah sepertinya. Ayah bertemu jodohnya di negeri kelahiran saya iaitu Sabah negri dibawah bayu dengan seorang perempuan berbangsa dusun yang bernama Tobittha Tampiransemasa ayah ditugaskan di kawasan Marak-Parak. Ayah dan mak berkahwin pada awal tahun 1984.Majlis perkahwinan dibuat secara sederhana namun ramai juga tetamu serta rakan ayah dan mak yang datang. Malam berganti siang dan siang berganti malam, beberapa bulan selepas itu saya sebagai cahaya mata yang sulung pun dilahirkan, iaitu jatuh pada tarikh 26/april/1985. Selang tahun berlalu keluarga saya semakin berkembang, ahli keluarga saya semakin bertambah. kini dalam keluarga saya mempunyai empat beradik iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

    Male;
  1. Christopher Calo
    • Cybernetics International College KL
    • Sulung
  2. Steve Calo
    • Lepasan tingkatan 5 Smk Kota Marudu
    • Anak ke-2
  3. Rex Charlie Calo
    • Tahun enam Sk Marak Parak
    • Anak ke-3
    Female;
  1. Sheryl Glenn Calo
    • Thn 1 Sk. Marak Parak
    • Bongsu
Christopher Calo

    Ayah bekerja sebagai petani dan mak pula suri rumah. Keadaan keluarga kami memang baik, hidup saling tolong menolong antara satu sama adalah perkara yang selalu kami titik beratkan. Saya dapat lihat kegigihan dan kesungguhan ayah apabila ayah menerima tawaran untuk bekerja di Papua NewGueni semasa saya berada di tingkatan 5. Saya tahu ayah buat begitu untuk saya dan keluarga saya. Ayah sedar saya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran bila habis saja tingkatan 5. Ketabahan mak seorang menjaga kami beradik dapat saya rasa semasa ketidaan ayah selama setahun. Akhirnya ayah balik dengan selamat. Pekerjaan ayah juga berhasil, dimana ayah berjaya mengumpulkan sedikit wang untuk perbelanjaan selain daripada belanja yang dikirimkan setiap bulan. Keadaan keluarga kami semakin baik. Ayah memang dihormati dan disegani di tempat saya. Ayah juga adalah idol saya, kerana saya suka caranya. Ayah bukan garang tetapi ingin melihat anaknya jadi baik dan oleh sebab itu disiplin yang ayah ajar sentiasa kami ingat. Mak tidak kurang Baiknya. Mak pandai menyelesaikan masalah rumah saya juga kagum dengan mak saya. Kalau bukan kerana didikan mereka sejak kecil mungkin kami beradik tidak begini. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas budi mereka walaupun saya tahu tak akan dapat membayar semua, tapi sekurang-kurangnya kita sedar pengorbanan mereka tehadap kita. Jadilah anak yang baik..