~@Rancangan Masa Hadapan@~

home identity Academic Experience Family

   Setiap yang hidup punyai pelbagai impian. Setiap yang bernafas punya cara mengharungi dugaan, setiap yang manusia harus punya pengangan. Namun memang tidak dinafikan kadang kala kita melakukan kesilapan.

   Saya memang punyai cita-cita dan impian sendiri, dan untuk mencapai impian itu bukanlah memakan masa yang singkat. Usaha dan kegigihan asas kejayaan dan saya akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian tersebut. Dan kini saya masih kearah tujuan yang sama. Yang penting jangan dengar cakap orang lain.

Namun bukan bermaksud tidak mendengar pendapat mereka langsung tetapi harus fikir 2 kali. Jangan mudah mengalah atau give up terhadap komen orang lain, tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dan kita harus teguhkan pendirian jika rasanya berada di tempat yang betul. Sebenarnya saya ingin menjadi seorang yang pakar dalam bidang pengkomputeran ini. Tak kira pakar dalam bidang apa sekali pun, but saya memang suka pada HAKEr(pengodam). Bukannya suka pada kejahatan mereka tetapi suka akan kepakaran sistem mereka. Kalaulah suatu hari nanti ditakdirkan boleh memahami sepenuhnya sistem dalam komputer, saya ingin bekerja jabatan penyiasata jenayah web.

   Sebenarnya saya ingin belajar bahasa pengaturcaraan paras rendah supaya dapat mengaplikasikannya kepada pembinaan perisian dan memahami konsep dalam sistem komputer. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri, walau dalam bidang apa sekalipun, oleh itu untuk menjadi lebih berkuasa setiap mereka harus bergabung menjadi kumpulan. Rancangan saya selepas ini ingin melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi samaada Universiti tempatan ataupun universiti luar. Namun saya memang teringin belajar di luar negara dalam software dan security. Apapun sekarang saya ingin habiskn Diploma saya ini dengan keputusan yang terbaik, kalau boleh sama-sama konvo dengan member original class dit D yang kini diubah. Saya sedar kekuatan ada pada kita sendiri, hanya kita tahu kekuatan kita dalam bidang apa. So kita sama-sama buat yang terbaik. kursus IT punyai banyak saingan namun kita semestinya ada cara tersendiri untuk merebut peluang.

   Impian untuk keluarga juga ada. Saya Ingin menggunakan apa yang saya dapat nanti untuk kebaikan family saya sendiri sementara orang lain merasakan tempiasnya. I mean family is the first one. Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Lain kali cerita lagi.. kebanggan kita kebanggan orang lain juga, so bila dah berjaya jangan mudah lupa diri. ingatlah siapa kita sebelum kini dan masa itu.

*Orang Yang Paling Berkuasa Adalah Orang Yang Mempunyai Banyak Maklumat*